Wednesday, October 13, 2010

PEMERENGGANAN DAN TEKNIK MENSTRUKTUR IDEA

MENCARI DINAMIK POLITIK KAMPUS

AYAT TESIS (objektif keseluruhan)
Fenomena ini menyaksikan bagaimana golongan muda yang vokal dan lantang dapat menyatakan pendirian mereka. Tindakan agresif dalam menyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan sifat mereka yang idealis. Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka perolehi.


AYAT TOPIK (objektif setiap perenggan)
antara contoh :

1.pilihan raya kampus
Pemilihan pada kali ini disifatkan agak 'panas' kerana isu pelaksanaan e-undi di Universiti Malaya (UM). E-undi sebelum ini sudah dilaksanakan di kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

2.terima cadangan
Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sendiri bersedia menerima apa jua pandangan bagi memantapkan pelaksanaan pemilihan MPP. Menteri juga sudah menyatakan kesediaannya untuk menerima mana-mana memorandum daripada pelajar asalkan ia dikemukakan dengan tertib dan aman.

3.label calon
Larangan melabelkan calon yang bertanding dalam pemilihan MPP pernah diluahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau menjawat Timbalan Perdana Menteri...


PERENGGAN DEDUKTIF (dimulakan dengan umum diakhiri dengan khusus)
antara contoh:

1.pilihan raya kampus
umum: pemilihan MPP pada kali ini yang dilansungkan di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) nampaknya sudah berakhir...

khusus: penggunaan e-undi di UM dilihat satu yang amat baru dan menarik perhatian banyak pihak. Isu seperti keyakinan kepada sistem, ketulusan pemilihan dan undi adalah rahsia pengundi menjadi topik utama yang dibahaskan...

2.terima cadangan
umum: pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sendiri bersedia menerima apa jua pandangan bagi memantapkan pelaksanaan pemilihan MPP...

khusus: pihak universiti wajar mengambil ikhtibar dan mencari jalan untuk memperbaiki kelemahan jika ada... misalnya wajar menjadi contoh kepada pilihan raya umum kerana ia berlangsung dalam 'gedung ilmu'...

3.label calon
umum: larangan melabelkan calon yang bertanding dalam pemilihan MPP pernah diluahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi...

khusus: perpecahan di kalangan pelajar... pemilihan MPP,wajar diperbaiki...kepada ahli MPP yang berjaya dan diamanahkan, penuhilah kepercayaan itu sebagai satu taklif...pada mereka yang kurang bernasib baik, kegagalan bukanlah penutup kepada perjuangan untuk membela kebajikan pelajar...


PERENGGAN INDUKTIF (dimulakan dengan khusus diakhiri dengan umum)
contoh:

pengalaman baru
-khusus: sebanyak 13 kerusi dipertandingkan iaitu lima kerusi diperuntukan bagi kawasan kampus, manakala lapan kerusi diagihkan bagi kawasan fakulti...Dilaporkan 81 peratus sudah turun mengundi pada 3 Febuari lalu.

-umum: jika sebelum ini pelajar dikatakan bersosial dalam lingkungan rakan etnik yang sama saja, label seperti proaspirasi dan promahasiswa ini dikhuatiri menjarakkan lagi rantaian sosial antara mereka.


PERENGGAN DEDUKTIF KOMPLEKS (dimulakan serta diakhiri dengan ayat topik)
contoh:
Fenomena ini menyaksikan bagaimana golongan muda yang vokal dan lantang dalam menyatakan pendirian...hal ini dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka perolehi.
Negara kita tidak terlepas dalam situasi ini. Dalam konteks di Institusi
Pengajian Tinggi (IPT), kewujudan pelajar...menyentuh soal kepimpinan negara.
Dalam hal ini, sukar untuk kita membayangkan MPP tanpa suara lantang daripada pelajar. Bagaimanapun, kelantangan itu...yang ada hanyalah pertembungan idea dan pemikiran.


PERENGGAN PENGENALAN
-dalam perenggan pengenalan, teknik yang digunakan adalah kontras masa. Contohnya,
Fenomena 'the angry young man' atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia.


PERENGGAN PENUTUP
tiada didapati dalam laporan ini.


PERENGGAN TRANSISI
contoh:
jika ia berlaku, kita mampu membangunkan kedinamikan politik kampus yang mempunyai potensi lebih baik. Mungkinkah ini satu inovasi yang perlu dilaksanakan?


PERENGGAN DIALOG
contoh:

1.pilihan raya kampus
seperti kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
"pelaksanaan e-undi sewajarnya tidak boleh dipertikaikan terutama dalam era ledakan maklumat dan penggunaan teknologi..."

2.label calon
diluahkan oleh bekas Perdana MEnteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi
"saya pasti label seperti ini tidak wajar diteruskan apatah lagi calon yang bertanding adalah atas tiket individu..."


3 CIRI PERENGGAN YANG BAIK

i.kepautan
-tiada kepautan.

ii.kejelasan
-pengalaman baru
sebanyak 13 kerusi dipertandingkan iaitu lima kerusi diperuntukan bagi kawasan kampus, manakala lapan kerusi diagihkan bagi kawasan fakulti...Dilaporkan, 81 peratus sudah turun mengundi pada 3 Febuari lalu.

iii.kesatuan
-label calon
larangan melabelkan calon yang bertanding dalam pemilihan MPP pernah diluahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau menjawat Timbalan Perdana Menteri, ...perpecahan di kalangan pelajar sebelum, menjelang dan pasca pemilihan MPP wajar diperbaiki...ahli MPP yang berjaya diamanahkan, penuhilah kepercayaan itu sebagai satu taklif...pada meraka yang kurang bernasib baik, kegagalan bukanlah penutup kepada perjuangan untuk membela kebajikan pelajar...


TEKNIK PENSTRUKTURAN IDEA
antara contoh:

i.teknik perbandingan/analogi
-Fenomena 'the angry young man' atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku...

ii.fungsi
-Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang diadakan setiap tahun boleh dijadikan contoh terbaik bagaimana pertembungan idea dan pemikiran wujud meskipun ia berlaku dalam keadaan yang terkawal. Perbezaan...meraih sokongan misalnya adalah sebahagian daripada rutin menarik yang mewarnai pemilihan MPP saban tahun.

iii.teknik petikan
-diluahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi
"saya pasti label seperti ini tidak wajar diteruskan apatah lagi calon yang bertanding adalah atas tiket individu...perpecahan di kalangan pelajar sebelum, menjelang dan pasca pemilihan MPP wajar diperbaiki...ahli MPP yang berjaya diamanahkan, penuhilah kepercayaan itu sebagai satu taklif...pada meraka yang kurang bernasib baik, kegagalan bukanlah penutup kepada perjuangan untuk membela kebajikan pelajar..."

Sunday, September 5, 2010

TEKNIK MENULIS ULASAN FILEM





PLOT :
Iklan ini mengisahkan tentang seorang anak yang disuruh pergi ke kedai oleh ayahnya untuk membeli barang. Namun anaknya mengeluh kerana tidak mahu pergi ke kedai disebabkan jauh dan mengganggunya ketika bermain. Tetapi disebabkan terpaksa, beliau pergi jua.
Semasa dalam perjalanan ke kedai, beliau dimainkan oleh kawannya ketika di padang bola dan ketika pulang pula barang yang dipegang terjatuh. Disebabkan hal itu, beliau menulis surat kepada ayahnya untuk meminta ganti rugi semasa berjalan kaki ke kedai, dimalukan oleh kawannya dan perjalanan balik yang panjang dan menyusahkan tetapi ayahnya membalas suratnya dengan mengatakan kos untuk membesarkannya lebih banyak dari wang ganti rugi yang beliau minta tetapi ayahnya tidak pernah meminta kembali wang tersebut,malah upah untuk membesarkannya adalah percuma kerana ayahnya sangat sayangkannya.
Setelah beliau telah besar,beliau terkenang kembali peristiwa lucu itu dan sehingga kini beliau telah mensedekahkan doa kepada arwah ayahnya dengan percuma kerana beliau sangat menyayangi ayahnya serta membalas jasa ayahnya ketika membesarkannya.

PENGHAKIMAN :
Iklan ini wajar ditonton kerana ia menyedarkan kita bahawa pengorbanan ibu bapa kita dalam membesarkan kita tidak pernah diabaikan malah membesarkan kita adalah percuma. Oleh itu,kita haruslah sentiasa menghormati ibu bapa kita serta menghargai mereka ketika mereka masih hidup.
Iklan ini juga menyedarkan kita bagaimana pernah terjadinya peristiwa kita pernah merungut ketika ibu atau bapa kita menyuruh kita membuat sesuatu tanpa kita suka tetapi kita tidak pernah sedar bahawa tugas yang mereka suruh tidaklah seberat dan sesusah mereka hendak membesarkan kita,memberi makan minum pada kita dan melayan karenah kita ketika kecil.
Oleh itu, ditegaskan sekali lagi bahawa kita haruslah menghormati kedua orang tua kita dan bagi yang sudah tiada ibu bapa di dunia ini, sedekahkanlah doa kepada mereka.

Tuesday, August 10, 2010

CIRI PENULISAN KREATIF DAN CIRI FIGURATIF DALAM PENULISAN KREATIF DALAM SAJAK KESEDARAN DI SEBALIK KEGAGALAN

CIRI PENULISAN KREATIF

1.WACANA PELUKISAN
-kini,aku perlu bangun dari lamunan
(menggambarkan perasaan diri yang sedar di dunia realiti)

2.BAHASA KIASAN
-selagi tembok usang mematahkan ranting-ranting yang teguh
(menggambarkan perasaan cuba/berniat untuk berputus asa)

3.BERSIFAT KETAKSAMAAN
-aku belok ke hutan,
redah sarang semak-semak yang penuh liku
(sukar di tafsir tanpa penilitian yang mendalam)

4.BERSIFAT KOMUNIKATIF
-yang bisa terukir dengan senyum,
-ketawa ku,menangis ku,rindu ku,marah ku,
(menggambarkan perasaan gembira,sedih,rindu dan, marah yang menarik pembaca untuk turut merasainya)

5.RAGAM AKTIF
-termenungku,
(ayat pendek yang memberi fokus tentang situasi termenung keseorangan)


BAHASA FIGURATIF

1.ALITERASI (pengulangan huruf konsonan)
-selagi tembok usang mematahkan ranting-ranting yang teguh
(pengulangan huruf konsonan ' t'

2.ASONANSI (pengulangan huruf vokal)
-redah sarang semak-semak yang penuh liku
(pengulangan huruf vokal ' a')

3.ANAFORA (perulangan kata pertama)
- lari aku,
bukan kerana aku kesal,
lari aku,
bukannya kerana aku benci,

4.EPIFORA (perulangan kata akhir baris)
- lari aku,
bukan kerana aku kesal,
lari aku,
bukannya kerana aku benci,

5.AMBIGUITI (sifat kabur)
-menyusuri memutih warna pelangi

Thursday, August 5, 2010

KESEDARAN DI SEBALIK KEGAGALAN

Lari aku……
Bukan kerana aku kesal
Lari aku……
Bukannya kerana aku benci
Tapi lariku adalah………
Cuba mencari sinar mentari yang cuba berselindung disebalik sinar gelap

aku belok ke hutan
redah sarang semak-semak yang penuh liku
Menyusuri memutih warna pelangi
Yang bisa terukir dengan senyum

Jikalau dapat aku sempurnakan hidup ku
Selagi tembok usang mematahkan ranting-ranting yang teguh
Selagi itu aku cuba mengenali setiap bait-bait kata
Yang terukir di setiap perkataan
Agar persoalan demi persoalan bisa dimiliki jawapan

Termenungku ,
Dalam keliru aku cuba mengenali kehidupan
Ketawa ku,menangis ku,rindu ku,marah ku
Semua menjadi tanda…..
Aku sedar ini semua adalah dugaan
Harus aku tempuh dengan kerelaan hati
Aku tidak boleh mengenal erti kalah

Kini, aku perlu bangun dari lamunan
Bahawa setiap yang mudah akan lalui kesukaran
Setiap yang indah harus lalui dengan kekusutan
Dan….
Setiap kejayaan harus lalui dengan kegagalan

Aku berjanji…
Kejayaan akan muncul seiring dengan senyuman ku
Akan ku buktikan…
Ukir satu perkataan di jiwa ku
Perkataan yang bergelar…
KEJAYAAN…..

Sunday, July 18, 2010

UUM

first time datang uum rasa macam nak balek tapi bila dah lama2 kat sini rasa seronok.semester pertama ni rasa mcm katak di bawah tempurung.semua benda tak tahu.arap2 nanti semua akn okeyy..